KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat meninjau situasi banjir di ibu negara malam ini, susulan hujan lebat yang melanda sejak 24 jam lalu.
Menerusi perkongsian beberapa keping foto di akaun Facebook rasmi Istana Negara, baginda dilihat meredah banjir bagi melihat sendiri situasi semasa di sekitar kawasan jalan susur menghala Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Baginda turut menyantuni anggota pasukan penyelamat dalam suasana banjir berada pada paras lutut.
Menerusi catatan komen di posting berkenaan, netizen secara amnya menyifatkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah melawat sendiri kawasan dilanda banjir sebagai tanda keprihatinan tinggi terhadap rakyat yang dilanda musibah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan