Ahad, 12 Disember 2021

Seorang maut kemalangan di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT: Seorang maut dan seorang bayi antara empat individu cedera dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Taman Makmur, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata mangsa maut ialah wanita warga emas dikenali sebagai Nafsiah Abd Rahman, 63.

Katanya, selain bayi terbabit, tiga lagi mangsa cedera ialah seorang lelaki dewasa serta dua wanita yang menaiki kereta sama.

Beliau berkata, pemandu pacuan empat roda, iaitu seorang lelaki warganegara Indonesia selamat.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput digerakkan ke tempat kejadian sebaik panggilan kecemasan diterima jam 6.04 petang tadi.

"Pemandu kereta tersepit dan anggota bomba memberi rawatan awal diberikan kepada mangsa yang cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, nahas dipercayai berpunca selepas pacuan empat roda terbabas dan memasuki laluan kereta, dari arah bertentangan.

Tiada ulasan: