KUALA LUMPUR: Polis Daerah Ampang Jaya dalam keadaan siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan pelepasan air dari Empangan Klang Gate di Hulu Klang yang dilaporkan melepasi tahap bahaya.
Setakat ini, dilaporkan 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata semua pegawai dan anggota di daerah Ampang Jaya bersiap sedia berhubung segala kemungkinan.
"Ketika ini, kekuatan kita membabitkan lima pegawai dan 32 anggota dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Klang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
"Semuanya akan terbabit menangani sebarang kemungkinan terutama di Taman Melawati dan kawasan berhampiran," katanya kepada BH, malam ini.
Mohamad Farouk berkata, proses pertama pelepasan air dilakukan pada jam 11.50 malam tadi.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai kekal tenang kerana pelepasan air empangan dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur.
Katanya, semua pegawai dan anggota akan segera dikerahkan untuk membantu orang ramai.
"Nyawa dan keselamatan diri serta keluarga anda menjadi keutamaan kami berbanding dokumen penting dan harta benda yang mungkin rosak akibat bencana," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan