Rabu, 22 Disember 2021

Osman Sapian meninggal dunia

Oleh KOSMO!
Allahyarham Osman Sapian

PETALING JAYA – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.45 malam tadi di rumah anaknya, Nornekman di Damansara, Kuala Lumpur.

Allahyarham merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dan merupakan bekas Menteri Besar Johor ke-16.-K! ONLINE

Tiada ulasan: