Mohd Lutfi Abdul Khalid
Ada yang guna tulisan Jawi hingga dapat 'keuntungan lumayan'
RAMAI saja kawan-kawan Melayu dan India di sekolah kebangsaan.
Dari sinilah akan berlaku dan bercambahnya semangat toleransi, saling memahami dan menghormati, kesempatan berinteraksi secara harmoni dan peluang untuk mempelajari bahasa lain selain bahasa ibunda.
Kepentingan berbahasa Melayu hanya disedari apabila ingin menembusi pasaran orang-orang Melayu – contohnya dalam industri hiburan. Orang-orang Melayu pula tidak ada masalah untuk menerima mereka.
Kalau industri makanan pula, mereka akan menggunakan tulisan Jawi kerana ia membawa pulangan dan keuntungan lumayan.
Tetapi mereka akan bermati-matian membantah pengenalan subjek tulisan Jawi/Khat dalam silibus sekolah persendirian mereka, walaupun sekadar tiga muka surat sahaja. Kononnya ia akan “mencemari” dan “mempengaruhi” minda dan “mengIslamkan” para pelajar mereka!
Orang-orang Melayu yang mahir berbahasa Cina/Mandarin tidak akan mendapat tempat atau diterima dengan tangan terbuka di dalam industri dan pasaran bukan-Melayu.
Kalau ada pun, ramai yang ditempatkan di kaunter-kaunter atau sebagai promoter jualan (untuk tarik majoriti pelanggan Melayu) semata-mata.
Mereka sangat mengawal dominasi perniagaan mereka.
Peliknya, kita sering terdengar mereka akan meminta bantuan penterjemah sekiranya dihadapkan di Mahkamah atas sesuatu kesalahan atau dakwaan, kerana tidak tahu berbahasa Melayu.
Dari planet manakah mereka berasal?
Malang sekali majoriti orang-orang Melayu tidak mahir menilai kepentingan bahasa sendiri. ISMA ERB
(*) Mohd Lutfi Abdul Khalid- Pemerhati politik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan