Apa lagi janji yang PKR atau PH boleh berikan kepada rakyat dalam PRU 15 nanti. Makin lama makin luak. DAP pun makin tawar hati dengan Anwar Ibrahim. Di Melaka mereka kencundang teruk, di Sarawak pun mereka macam tidak serasi, macamana mereka nak berjuang di PRU 15 nanti. Orang kata, retak menanti belah.
Anwar cuma mahu menjadi PM. Tak tahu lah yang ke berapa. Yang lain cuma kosmetik. Perjuangan Anwar melalui PKR dan PH macam dipaksa- paksa. Agar matlamat sebenar ke Putrajaya tidak nampak gelojoh sangat. Barulah Anwar nampak sebagai pemimpin yang meletakkan kebajikan rakyat di atas segala-galanya.
Di depan khalayak orang Cina Anwar berkata negara ini bukan tanah orang Melayu. Di depan orang Melayu Anwar menggambarkan dirinya pejuang Islam yang warak. Kali ini karektor apa yang mahu dibawa Anwar. Watak simpati kerana dipermainkan Tun Mahathir?
PH menang dulu dengan sebab kehadiran Tun Mahathir. Semua setuju. Mereka menentang satu musuh, Najib. Tun setuju dengan semua cadangan termasuk membebaskan Anwar . Itu cuma strategi sementara. Semua termakan dengan plot politik Tun. Takkan ramai yang yang tak perasan dengan body languange Tun setiap kali rapat dengan Anwar. Guan Eng dan Mat Sabu pun percaya sama yang Anwar akan jadi PM.
Pada PRU15 ini Anwar perlu cari rakan kongsi yang sama-sama kemarukkan kuasa. Tak payahlah mahu menjunjung falsafah perjuangan yang rumit. Yang sukar cuma pada perincian siapa yang akan jadi PM.
Jadi sebelum bergabung mesti ditanya dulu samaada mereka setuju bahawa Anwar yang akan jadi PM jika gabungan itu menang. Tiada kompromi dalam hal ini. Kalau tidak the deal is off.
DAP percaya Anwar masih berhubung dengan Zahid untuk kerjasama UMNO/PKR. Kalau Zahid setuju ia akan memberi laluan mudah bagi Anwar masuk ke PMO. Misi Anwar ialah untuk mengeluarkan DAP dari plot ini. Anwar memang bijak dalam lakonan-lakonan politiknya. Jadi apa ada hal. Anwar juga sering dipetik sebagai berkata, ini negara edan ( gila ). Kuasa memang satu kegilaan.
Masa semakin suntuk samada Zahid atau Anwar untuk play safe . Mereka perlu umumkan hasrat “murni” ini untuk “menyelamatkan” negara. Ruang maneuver juga menjadi semakin sempit. Anwar tidak banyak pilihan. Zahid juga kini mengejar masa. Persahabatan akrab Zahid dan Anwar melebihi segala perjuangan lain.
Bercakap mengenai integriti dalam politik seperti melengkapkan decimal points. Untuk membuat ayat lebih gah dan mencerdikkan yang membaca. Jangan kita mendengarnya sering jadi terpukau. Air ketum kalau dicampur ubat batuk memang mengkhayalkan.
Apabila sudah kemaruk kuasa, hati kita akan berubah-ubah. Mungkin inilah yang berlaku pada Zahid selepas UMNO menang besar di Melaka. UMNO sudah bersedia untuk meranduk bah besar walaupun di depannya ia tidak pasti selamat atau tidak. Kenapa Zahid mahu lepaskan peluang untuk jadi PM. Tak payah nak kongsi kuasa dengan Bersatu dan PAS. Kalau macam tu lah ceritanya Anwar tokak jari lagi. Jangan sampai putus ya.
Kalau Zahid sendiri tidak mahu makan semeja, Anwar cuma tinggal PAS dan Bersatu. Susah nak mula. Kalau nak perjuangkan integriti kenapa tidak. Jangan mulakan isu siapa jadi PM. Ini mengenai siapa akhirnya jadi PM. Sekurang-kurang jadi PM juga walaupun rasa terhina dulu.
Memang sudah ditakdirkan Anwar akan jadi PM akhirnya. Tetapi cabaran
yang dilaluinya sungguh sukar dan mencabar. Ada yang datang menggolek,
ada yang terpaksa digali untuk mendapat hasilnya.
Di sisi lain pula, kalau sudah bukan rezeki jangan ditangisi nasib kita.
Bersyukurlah. Ini bukan bingkisan dari seorang yang kecewa tetapi dari
seorang yang berjiwa besar. AGENDA DAILY
(*) Fuad Abdul Rahman -Pembaca Agenda Daily dan bekas wartawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan