Isnin, 3 Mei 2021

Rasuah, salah guna kuasa dan ekonomi hitam vs Hamid, Ayob, Azam dan rakyat

Datuk Dr. Hasan Mad
ayob hamid
AYOB KHAN MYDIN PITCHAY dan ABDUL HAMID BADOR

Pada 27 April 2021, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sekali lagi menyuntik semangat rakyat sekalian untuk bangkit memberikan sokongan kepada PDRM dalam usahanya membenteras gejala rasuah, salah-guna kuasa dan memutuskan rangkaian gerakan ekonomi hitam.

Kali ini, beliau mengumumkan penahanan 12 pegawai polis dan pegawai SPRM yang disyaki menjadi tali barut geng Nicky.
Beliau berani bertindak sedemikian pastinya mendapat isyarat lampu hijau dari bosnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

RM3.1 juta
AZAM BAKI

Susulan pendedahan itu, keesokan harinya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pula tampil membuat pengesahan penangkapan dua pegawainya, seperti mana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Johor.

Sebelum ini ada terdengar cerita tudingan jari di antara PDRM dan SPRM apabila geng Nicky berjaya meloloskan diri dari tahanan pihak SPRM. Tudingan itu malah bukan setakat isu geng Nicky saja. Konon katanya dalam PDRM ada macam-macam kartel.

Dalam SPRM juga ada kartel itu dan ini. Yang lebih mencemaskan rakyat ialah apabila diumpat konon katanya di antara kedua-dua agensi itu berkawan macam kucing dengan anjing.

Alhamdulillah sempena Ramadan, bulan mulia ini satu episod baharu bermula dan hendaknya berkekalan. Terima kasih kepada geng Nicky, kerananya Hamid, Ayob dan Azam tampil me UTUSAN TVmbuang yang keruh di antara mereka dan menangguk yang jernih.

Ketiga-tiga wira ini sepakat menerajui usaha PDRM-SPRM mencabut duri-duri dalam kalangan mereka yang sekian lama menikamnya dari dalam, malah mencucuk duri melaga-lagakan di antara mereka.

Ketiga-tiga wira ini bertekad melipatgandakan usaha dan keberanian membuka lembaran baharu bagi membebaskan negara ini dari tiga gejala itu, dengan pada masa yang sama: membersihkan institusi tersebut dari duri dan najis yang mencemari imej dan reputasi mereka, dan mengeratkan kerjasama di antaranya dalam memerangi gejala-gejala itu.

Pun begitu, masih belum kedengaran suara dari lain-lain agensi untuk bersama kedua-dua agensi ini memerangi gejala-gejala tersebut yang meruncingkan kemakmuran, keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya ketika ini. Malah di peringkat kementerian itu sendiri pun terus sepi.

Jika inilah dramanya di antara agensi dan kementerian, sekalipun di bawah satu bumbung yang sama, tiada pilihan bagi rakyat sekalian. Rakyat wajib tampil, melalui komuniti masing-masing, memberikan sokongan dan kerjasama kepada kedua-dua agensi ini meneruskan peranan dan tanggung-jawab mereka memerangi ketiga-tiga gejala itu secara bersepadu.

Di saat kita semua melambaikan tangan mengucapkan selamat bersara kepada Hamid sebagai KPN, hendaknya kerjasama erat yang telah terbina antara SPRM-PDRM akan terus dikekalkan rentaknya.

Memang, di peringkat awal pelantikan beliau sebagai KPN banyak pihak termasuk kami di MPM pun meragui akan kewibawaan beliau menerajui PDRM. Pun begitu dan terutama dalam setahun kebelakangan ini, beliau berjaya memperbetulkan persepsi itu, malah tampil dengan beberapa pendirian serta pendedahan yang berani bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi ini.

Untuk itu, MPM mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi penghargaan kepada beliau dan mendoakan persaraannya kali kedua ini lebih sejahtera.

Apa pun, baik SPRM, PDRM mahupun rakyat sekalian, sayugia diingatkan, sekali PDRM dan SPRM mengembangkan sayapnya cuba menumpaskan kubu kuat sarang ekonomi hitam, bukan bermakna mereka telah berjaya ditumpaskan. Tertangkapnya tali barut mereka dalam kalangan penjawat awam juga bukan bermakna yang lain itu akan insaf.

Percayalah dan bersedialah akan kemungkinan backlash yang jauh lebih ganas yang akan mereka ini lakukan.

Maknanya, jika rakyat tidak tampil berjihad dan komited bekerjasama membantu membanteras gejala-gejala ini, sekuat mana sekalipun PDRM dan SPRM berusaha dan bertungkus-lumus cuba membanterasnya, ia sukar untuk berjaya. Pelbagai helah akan mereka lakukan untuk mengalihkan keutamaan kedua-dua agensi ini dari terus menghambat mereka.

Macam-macam taktik berbentuk ‘diversion and subversion’ akan mereka lakukan untuk mengalih perhatian dan keutamaan pihak berkuasa agar tidak terus menerus memfokus kepada mereka.

InsyaAllah selepas sambutan Aidilfitri ini, MPM akan berurusan dengan PDRM dan SPRM untuk secara bersama melancarkan Gerakan Jihad Rakyat, bagi mengajak semua lapisan rakyat berjihad menentang ketiga-tiga gelaja ini yang bergerak secara berangkai di antara mereka.

Mereka akan lebih memperkemaskan rantaian untuk tidak dapat ditumpaskan. Hatta, rakyat juga wajib membina rantaian bersama PDRM dan SPRM untuk meneruskan jihad menentang mereka. UTUSAN TV

(*) Datuk Dr. Hasan Mad, Setiausaha Agung MPM

 

Tiada ulasan: