.infoawam.com
Nombor
pendaftaran kenderaan di Malaysia bukanlah satu perkara yang boleh
dibuat main-main kerana sesiapa yang gagal mengikut spesifikasi yang
ditetapkan boleh dikenakan saman.
Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan
supaya semua kenderaan di negara ini diseragamkan dengan penggunaan
‘e-plate’ yang mana ia akan dilengkapi dengan mikrocip keselamatan
sebagai langkah untuk pencegahan jenayah.
Menurut
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir
Mohamed, cadangan tersebut telah pun diusulkan kepada kerajaan dalam
mengikuti perkembangan teknologi dan menghadapi kes jenayah yang semakin
rumit.
“Sudah
tiba masa negara kita menggunakan nombor pendaftaran standard
dilengkapi cip keselamatan atau e-plate yang mana ia sudah lama
digunakan di negara maju selain di Singapura dan Thailand.
“Kalau
kita tengok, nombor pendaftaran standard tanpa cip keselamatan dipakai
di Indonesia, Vietnam dan Laos tetapi kita masih menggunakan nombor
pendaftaran yang cacamarba, termasuk nombor pendaftaran ‘fancy’ dan
sebagainya,” terang beliau.
Datuk
Huzir Mohamed juga menyatakan penggunaan no pendaftaran yang seragam
dapat mencegah aktiviti jenayah kerana ia akan menyukarkan penjenayah
tersebut memalsukan nombor pendaftaran bilamana hanya satu badan atau
jabatan sah sahaja boleh membuat nombor pendaftaran.
Menurut laporan portal Paultan.org, cadangan nombor pendaftaran standard lengkap dengan mikrocip pernah diusulkan pada tahun 2017 lagi. Mikrochip
itu mengandungi maklumat mengenai pemilik kenderaan dan pemandu, serta
maklumat kenderaan seperti nombor casis enjin, warna dan model.
Namun
walaupun sudah empat tahun berlalu, cadangan tersebut masih tidak dapat
dilaksanakan. Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah pihak
berkuasa dapat menyeragamkan penggunaan ‘e-plate’ ini pada masa akan
datang?
Sumber : TheVocket / Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan