Jumaat, 26 Mac 2021

Silat Lenggang Mak Janda ‘melenggang’ hingga Belanda

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
SALEHUDDIN Yaakob menunjukkan kemahiran bersilat sambil bercerita asal usul dan setiap gerak dalam Silat Lenggang Mak Janda di laman Rumah Sejarah Warisan Chenor di Maran, Pahang. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN: Silat Lenggang Mak Janda bukan sebarang ‘lenggang’ kerana sudah melangkau hingga ke Belanda.

Begitulah keistimewaan seni silat yang berasal dari daerah Chenor di sini iaitu sebuah pe­nempatan lama ratusan tahun menjadi pusat budaya, perdagangan, pentadbiran dan penyebaran Islam.

Silat Lenggang Mak Janda yang diadaptasi daripada langkah dan gerak seorang janda kaya Chenor sangat popular di negeri ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pewaris silat itu, Salehuddin Yaakob, 82, berkata, sejarah silat itu adalah ilham daripada gerak seorang janda kaya di Chenor semasa memancing ikan di Sungai Pahang.

Menurutnya, gaya melenggang Mak Janda, mencampak kail, membetulkan sanggul dan gerakan memintal tali kail diadaptasi dalam silat berkenaan.

Katanya, gerak geri tersebut seterusnya diberikan nama antaranya seperti me­mintal benang kusut, gerak he­lang belayar, gerak merbah berlaga, gaya sesibur dan langkah berpusing.

“Silat Lenggang Mak Janda mempunyai empat langkah utama iaitu campak atau tebar, langkah beliung tanggal, langkah gerak samun dan langkah teleng.

“Bagi generasi muda yang ingin­ mempelajari silat ini perlu bersabar menguasai setiap langkah kerana gerak tarinya lembut dan berseni.UTUSAN

Tiada ulasan: