Khamis, 4 Februari 2021

Undang-undang akan dipinda supaya lebih tegas kekang Covid-19, termasuk penjara, tutup premis

PETALING JAYA: Kerajaan mahu meminda undang-undang bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan yang lebih cepat dan tegas terhadap pelanggaran SOP pencegahan wabak Covid-19, termasuk jenis dan kadar hukuman.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya

berkata antara hukuman yang diteliti Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat adalah penutupan serta-merta premis perniagaan, penjara, dan kadar denda yang lebih tinggi terhadap pesalah berulang.

“Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat telah meneliti peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) yang perlu dipinda untuk membolehkan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan cepat diambil,” katanya.

Turut dipertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, operator francais, dan pihak berkepentingan lain dalam rantaian organisasi perniagaan.

Tiada ulasan: