Bernama
Tiada
perubahan kepada pemilikan saluran televisyen Media Prima Berhad
di
bawah Rangkaian Televisyen Media Prima, iaitu Natseven TV Sdn Bhd
(ntv7).
KUALA LUMPUR:Tiada
perubahan kepada pemilikan saluran televisyen Media Prima Berhad di
bawah Rangkaian Televisyen Media Prima, iaitu Natseven TV Sdn Bhd
(ntv7).
Media Prima dalam kenyataan malam
tadi memaklumkan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan dan
laporan sesetengah pihak susulan berita pelancaran DidikTV Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) (DidikTV KPM) hari ini.
“DidikTV
KPM merupakan kolaborasi komersial strategik antara Media Prima dan KPM
dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid
di seluruh negara melalui capaian luas Media Prima dalam negara dan
keupayaannya dalam menerbitkan kandungan berkualiti.
“DidikTV
KPM akan menyiarkan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, di samping program berkaitan
pendidikan termasuk kandungan didik hibur,” katanya.
Media
Prima berkata DidikTV KPM juga akan memaparkan kandungan yang
memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan
platform bagi masyarakat berinformasi.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan