Ahad, 21 Februari 2021

Seri Paduka singgah membeli buah buahan

Oleh Media Mulia
Seri Paduka Baginda berdua tertarik dengan buah-buahan yang dijual di gerai SUMBER FB ISTANA NEGARA

PETALING JAYA – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkesempatan singgah membeli buah-buahan di sebuah gerai di Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.

Baginda berdua berangkat pulang dalam perjalanan Kuantan, sempena majlis pemasyhuran Bandaraya Kuantan, Pahang yang akan berlangsung esok di Majlis Perbandaran Kuantan.

Gambar gambar Baginda berdua memilih buah buahan disiarkan menerusi Facebook rasmi Istana negara hari ini.

Warganet memuji Baginda sambil mendoakan kesejahteraan dalam mentadbir negara.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: