Rabu, 17 Februari 2021

Polis buru pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak

Bernama
Polis buru pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak
Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 
dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan.
 
KUALA LUMPUR:Polis sedang mengesan seorang lelaki pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular dalam media sosial memaparkan seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.
 
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.
 
“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
 
Semalam, video berkenaan tular dalam media sosial apabila seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.
 
Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif.-- BERNAMA

Tiada ulasan: