Kerajaan bersetuju untuk membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi secara dine-in atau makan di kedai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menjelaskan sidang khas Majlis Keselamatan Negara memutuskan kebenaran itu diberikan bermula pada 10 Februari dengan jumlah dua orang semeja.
Selain itu, penjarakan satu meter juga dikenakan kepada pengunjung yang makan di kedai atau restoran.
“Kerajaan bersetuju membenarkan restoran menyediakan perkhidmatan makan di dalam premis kepada pelanggan berkuat kuasa esok, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kebenaran itu adalah tambahan kepada SOP sebelum ini yang hanya membolehkan restoran beroperasi secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.
“Jumlah pelanggan dihadkan hanya dua orang untuk satu meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
“Masyarakat masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan walaupun diberi kebenaran ini,” katanya pada sidang media khas pelaksanaan PKP pada Selasa.
Sebelum ini, restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi untuk pelanggan membawa balik makan yang dibeli.
Waktu operasi masih kekal bermula 6 pagi hingga 10 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan