Jumaat, 19 Februari 2021

Kuching banjir lagi

Air mula naik sehingga memasuki rumah penduduk bermula jam 5 pagi tadi.

Tinjauan di Kampung Sinar Budi Baru, di Taman Desa Wira, Batu Kawa mendapati kira-kira 30 kediaman penduduk dinaiki air sehingga paras satu meter.

Kebanyakan penduduk yang menyedari banjir akan berlaku lagi, sempat mengalihkan kenderaan mereka ke tempat tinggi.

Sehingga jam 8.15 pagi ini, hujan masih lebat dan paras air semakin naik.

Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di Kuching hari ini. - Foto Mohd Roji Kawi
Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan 
banjir di Kuching hari ini. - Foto Mohd Roji Kawi

Tiada ulasan: