Astro Awani
Syarikat
dan dua tertuduh serta seorang yang masih bebas didakwa
menggunakan,
memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk
beku menggunakan
perihal dagangan palsu tanpa kelulusan. - Foto
Astro AWANI
JOHOR BAHRU:
Sebuah syarikat sejuk beku bersama seorang pengarah dan seorang
pengurusnya didakwa atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan
menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging, di Mahkamah Sesyen
Johor Bahru, di sini hari ini.
Syarikat
LY Frozen Food Sdn. Bhd bersama pengarahnya, Yong Chee Keong, dan Tan
Siew Huak (yang masih bebas) serta pengurus syarikat, Chong Kim Kuang,
48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.
Pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim, Ahmad Fuad Othman.
Mengikut
kertas pertuduhan, syarikat dan dua tertuduh serta seorang yang masih
bebas didakwa menggunakan, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan
sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua
syarikat pembekal dari Australia.
Selain itu ia menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan dari dua badan persijilan halal Australia.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini antara 1 hingga 3 Disember tahun lalu.
Mereka
didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a), Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan
2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan
Halal) 2011.
Jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM100,000 hingga RM500,000 ribu atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan
dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohammad Onn Abd. Aziz, Kwan Li Sa, Syazwani
Zawawi, T. Ashivinii dan Kee Shu Min.
Manakala tertuduh diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Yusman Che Aman dan Saiful Zaman Abd. Rahman.
Mahkamah
menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang
penjamin bagi setiap tertuduh selain pasport diserahkan kepada mahkamah
dan melaporkan diri setiap dua minggu sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah
Kulai.
Sebutan semula kes ditetapkan 28 Mac ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan