Selasa, 16 Februari 2021

Hutan Simpan Gunung Bubu terbakar

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Bubu di Manong, Kuala Kangsar terbakar pada ketinggian 300 meter petang tadi. - Foto Ihsan JBPM Perak
Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Bubu di Manong, Kuala Kangsar terbakar pada ketinggian 300 meter petang tadi. - Foto Ihsan JBPM Perak

KUALA KANGSAR: Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Bubu di Manong, di sini terbakar petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kebakaran membabitkan keluasan dua hektar pada ketinggian 300 meter dari aras laut.

Susulan itu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi bagi operasi pemadaman selepas menerima panggilan jam 4.39 petang tadi.

Operasi ditangguhkan setakat jam 8.10 malam tadi dan akan disambung semula esok dengan pos kawalan bencana (PKB) turut dibuka di lokasi terbabit.

Jabatan Perhutanan Negeri Perak siasat sama ada kebakaran Gunung Bubu disebabkan aktiviti penerokaan hutan seperti dakwaan penduduk. - Foto/ Ihsan JBPM Perak
Jabatan Perhutanan Negeri Perak siasat sama ada kebakaran Gunung Bubu disebabkan aktiviti penerokaan hutan seperti dakwaan penduduk. - Foto/ Ihsan JBPM Perak

Sementara itu ditanya sama ada kebakaran itu mempunyai kaitan dengan aktiviti penerokaan hutan di kawasan itu seperti dakwaan penduduk setempat, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk).

Tiada ulasan: