PETALING JAYA: Disangka suara anak kucing, seorang lelaki terkejut selepas menjumpai beg galas berisi bayi perempuan yang baru dilahirkan di atas bangku tokong Kampung Hilir, Kubang Rotan.
Menurut laporan Harian Metro, Mohd Hanif Zaini, 29 berkata dia menemui bayi tersebut ketika sedang berjoging kira-kira pukul 4.35 petang sebelum terdengar bunyi tangisan yang kuat.
“Namun tidak lama kemudian, bunyi tangisan itu kedengaran sekali lagi sebelum saya ternampak ada beg galas ungu atas bangku di tokong di Kampung Hilir, Kubang Rotan. Saya dapati ada bayi perempuan dibalut kain batik,” katanya.
Hanif berkata, dia berasa sebak melihat nasib bayi malang itu dan terus menghubungi isteri untuk membawanya pulang ke rumah sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Bayi tersebut didapati baru dilahirkan ketika dijumpai berdasarkan kesan darah dan selain tali pusat belum dipotong.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima maklumat itu pada jam 5.20 petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, bayi perempuan telah dihantar ke Hospital Sultanah
Bahiyah untuk menjalani pemeriksaan dan siasatan sedang dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan