Rabu, 10 Februari 2021

COVID-19: Tiada kluster rentas negeri, KKM jangka 7 atau 8 daerah akan berstatus hijau

Hasimi Muhamad
COVID-19: Tiada kluster rentas negeri, KKM jangka 7 atau 8 daerah akan berstatus hijau
Menurut Dr Adham, perkembangan positif itu susulan daripada larangan rentas 
 negeri yang dikuat-kuasakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 
dilaksanakan pada 13 Januari lalu. - Gambar fail
 
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan tujuh atau lapan kawasan di Semenanjung akan bertukar status ke Zon Hijau dalam masa terdekat.
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini dua kawasan masing-masing di Lipis dan Bera, Pahang telah dikategorikan Zon Hijau.elas beliau, perkembangan positif itu susulan daripada larangan rentas negeri yang dikuat-kuasakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan pada 13 Januari lalu.

“Saya hanya sebut di semenanjung, di Sabah dan Sarawak belum kerana Sarawak masih ada kawasan hijau dan Sabah tiada lagi.
 
“Kita jangkakan dengan tiada kes rentas negeri, saya dapat dapat jangka lebih kurang tujuh atau lapan lagi daerah akan menjadi Zon Hijau dengan kes yang dapat dikurangkan (susulan larangan rentas negeri,” katanya pada Sesi Bersama Media di sini pada Rabu.

Tiada ulasan: