Selasa, 9 Februari 2021

Budak lemas dalam tong, pasangan suami isteri didakwa esok - Polis

Shuhada Abdul Kadir
Budak lemas dalam tong, pasangan suami isteri didakwa esok - Polis
Pasangan suami isteri iaitu ibu kandung mangsa berusia 32 tahun serta 
bapa tirinya itu ditahan dan direman sejak 30 Januari lalu sehingga 
Khamis ini. - Gambar fail
 
MELAKA: Pasangan suami isteri yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian kanak-kanak berusia tujuh tahun yang ditemui lemas dalam tong dan dipercayai didera di Krubong, Melaka hujung bulan lalu, akan dituduh di Mahkamah Ayer Keroh, esok.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kedua-dua suspek itu dijangka akan dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak malang itu.
 
“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kedua-dua suspek ini akan di tuduh di Mahkamah Ayer Keroh pada esok.
 
“Mereka ini akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera anak mereka ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tiada ulasan: