Hasimi Muhamad
Bila
ada yang kempen untuk tidak (bersetuju) ambil suntikan vaksin kepada
orang lain, tindakan sedemikian akan mengundang pelbagai tohmahan dan
menyalahi Akta 342, tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
-
Gambar hiasan
PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kepada mana-mana
pihak yang tidak bersetuju dengan suntikan vaksin COVID-19 supaya tidak
menjalankan kempen menolak suntikan tersebut.
Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini sebanyak 67
peratus responden bersetuju untuk mengambil vaksin COVID-19.
Sementara, sebanyak 17 peratus kajian secara dalam talian mendapati mereka tidak pasti untuk menerima suntikan vaksin tersebut.
“(Selain
itu), 16 peratus dalam kajian tersebut tidak setuju. Kita sudah
menjalankan beberapa tindakan atau langkah-langkah untuk memastikan yang
tidak pasti itu turn out to be pasti. Untuk itu dalam 67 peratus campur 17 peratus, bermakna kita ada 84 peratus masyarakat yang setuju menerima.
“Cuma
saya nak ingatkan kepada mereka yang tidak bersetuju, jangan kempen
tidak bersetuju kepada orang lain kerana ini menyalahi kaedah kerana
bila anda kempen untuk tidak (bersetuju) kepada orang lain, ini akan
menyebabkan macam-macam tohmahan atau perkara yang mungkin tak dapat
(dilaksanakan) dan ia menyalahi Akta 342,” katanya dalam sesi bersama
media di sini pada Rabu.
Kerajaan dijangka menerima vaksin Pfizer fasa pertama sebelum 26 Februari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan