Madiha Abdullah
Orang ramai juga dinasihatkan agar berhati-hati terhadap penyalahgunaan
atau pemalsuan label SIRIM-ST. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Tenaga mendedahkan sejak lima tahun kebelakangan ini,
jumlah kemalangan membabitkan peralatan elektrik adalah sekitar 52 kes
setiap tahun.
Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 45 kes dilaporkan termasuk 28 insiden yang menyebabkan kematian.
Atas
sebab itu, SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM
Berhad, Suruhanjaya Tenaga (ST), Persatuan Pengedar Peralatan Elektrik
Malaysia (MEADA) dan Gabungan Persatuan Peniaga Peralatan Elektrik
Malaysia (FOMEDA) telah bekerjasama dalam satu kempen kesedaran
keselamatan untuk mengekang penjualan produk elektrik dan elektronik
(E&E) yang tidak diperakui.
Kempen
ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna dan
pemain industri mengenai kepentingan label SIRIM-ST pada peralatan
E&E.
"Pengguna mesti berwaspada dan hanya membeli peralatan elektrik yang diluluskan oleh SIRIM-ST.
"Ini
untuk mencegah insiden seperti kebakaran yang boleh menyebabkan
kecederaan atau kematian.
Label SIRIM-ST menjamin bahawa produk tersebut
selamat untuk digunakan," kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan
SIRIM, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani, dalam ucapan perasmian
kempen secara maya, pada Isnin.
Kempen
tiga bulan itu akan berjalan sehingga Mei, dengan video kempen tersebut
sudah mula dimainkan di pelbagai platform media sosial bermula Isnin.
Orang
ramai juga dinasihatkan agar berhati-hati terhadap penyalahgunaan atau
pemalsuan label SIRIM-ST oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pengguna
boleh memeriksa sama ada produk yang dibeli dalam talian atau di kedai
diperakui oleh SIRIM dengan memasukkan butiran produk dalam aplikasi
mudah alih percuma, SIRIM QAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan