Fareez Azman
Jika
sebelum ini, Kampong Bharu menjadi 'syurga' makanan buat warga
sepanjang tahun, Namun kini, situasi sama pada Mac tahun lalu berulang
apabila keadaan menjadi lengang tepat jam 8 malam. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Hari ketiga Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan
pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semakin meningkat dalam
kalangan masyarakat terutamanya di ibu negara.
Astro AWANI
berpeluang mengikuti Pasukan Pemantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari
Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi melaksanakan operasi di Kampong
Bharu pada Jumaat malam.
Operasi
disertai lebih 10 anggota PDRM dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam
(APM) diketuai Asisten Superintendan Ahmad Zainal.
Jika
sebelum ini, Kampong Bharu menjadi 'syurga' makanan buat warga kota
sepanjang tahun, namun kini, situasi sama pada Mac tahun lalu berulang
apabila keadaan menjadi lengang tepat jam 8 malam.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah,
berkata berdasarkan pemantauan pihaknya, boleh dikatakan kadar pematuhan
SOP PKP dalam kalangan masyarakat adalah tinggi.
"Sepanjang
tempoh tiga hari ini, tidak banyak kompaun kita keluarkan. Ini membawa
maksud, warga kota (patuh SOP)... saya ingin ucap terima kasih kerana
patuh dan akur arahan kerajaan.
"Saya
nasihatkan, orang ramai supaya mematuhi SOP PKP. Setakat tiga hari
pemantauan nampak masyarakat dah mula jadikan kelaziman baharu dalam
kehidupan mereka, tidak seperti PKP dahulu.
"Sudah
hampir setahun kita melalui PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan
(PKPP), masyarakat dah mula sedar, patuh dan faham SOP dikeluarkan,"
katanya.
Dalam
pada itu, beberapa peniaga yang ditemui sebelum menutup premis mereka
turut menyatakan bahawa mereka akur dengan pelaksanaan PKP.
Sebelum
ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan
PKP di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13
Januari hingga 26 Januari depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan