Faris Danial Razi
PKP 2.0 yang dilaksanakan bermula 13 Januari dilihat lebih teratur
berbanding pelaksanaan pertama pada Mac tahun lalu. -BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan bermula 13
Januari dilihat lebih teratur berbanding pelaksanaan pertama pada Mac
tahun lalu.
Menurut Pengarah Eksekutif
Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali,
negara kali ini lebih bersedia dari segi aspek ekonomi meskipun enam
negeri penjana ekonomi besar terkesan akibat PKP.
“Saya nak membezakan PKP yang baharu iaitu PKP 2.0 dengan yang sebelum ini.
"Kita harus faham bahawa tahun lepas adalah sesuatu yang agak mendadak dan banyak perkara baharu perlu diperkenalkan.
“Sebagai contoh, dulu kita mula menyenaraikan sektor yang dianggap sebagai essential (keperluan) itu dan banyak pertelagahan, maksudnya ada yang mengatakan ini patut masuk dan sebagainya.
“Namun, kali ini, daripada hari pertama lagi, sebelum hari pelaksanaan lagi, sudah dikeluarkan senarai tersebut.
“Jadi
bererti kita mengambil pengalaman daripada tahun lepas, jadi saya
tengok dari segi sektor keseluruhannya, jauh lebih luas berbanding tahun
lepas.
Pada
masa sama, beliau menjelaskan sektor perniagaan tidak rasmi turut
dilihat lebih sistematik dan teratur berbanding PKP sebelum ini.
“Kalau
kita lihat dalam sektor yang informal, kalau contoh kita ambil penjaja
dan sebagainya, mereka boleh berniaga, kalau dahulu agak kelam-kabut
sedikit, tapi kali ini mereka boleh.
“Namun, tatacara SOP itu perlu dipastikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Tambahan
pula, kali ini hanya sebahagian berbanding dahulu ia seluruh Malaysia
tetapi kini tertumpu kepada negeri-negeri yang agak terkesan akibat
COVID-19.
“Memang betul ini adalah
negeri-negeri ekonomi lokomotif, tetapi saya percaya kesediaan dengan
pengalaman yang lepas, kita harap kesan negatif terhadap ekonomi itu
dapat dikurangka,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual menerusi program Agenda AWANI pada malam Rabu mengenai kesan darurat dan pelaksanaan PKP 2.0 kepada Keseimbangan Ekonomi dan Kesihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan