KUALA LUMPUR – Umum mengetahui hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali kedua untuk membendung wabak Covid-19.
Dalam tempoh PKP juga ada aktiviti tertentu yang tidak dibenarkan dilakukan secara fizikal termasuklah nikah.
Seperti PKP sebelum ini, urusan akad nikah di kebanyakan negeri hanya dibenarkan berlangsung menerusi sidang video sahaja.
Seorang pengguna Fecebook bernama Izatul Israq adalah salah seorang yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 1 Febuari ini.
Selepas pengumuman mengenaik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Izatul dan pasangannya memutuskan untuk mempercepatkan akad nikah.
Izzatul dan pasangannya membuat keputusan untuk bernikah semalam.
“Di hari terakhir kita bebas sebelum PKP, saya selamat dinikahkan. Semua benda jadi tanpa sebarang planning (perancangan). Saya and (dan) suami eh dah ada suami rupanya. okay. Sambung..
“Kami berusaha hubungi pejabat agama and tanya macamana urusan nikah yang sepatutnya pada 01 Feb 2021, jadi pejabat agama bagi pilihan sama ada tunda dan borang kena buat semula atau nikah hari ini katanya yang berkongsi pengalaman bernikah di hari terakhir sebelum PKP dilaksanakan semalam.
Uniknya pernikahan mereka apabila pasangan pengantin tidak mengenakan busana pengantin seperti lazim, sebaliknya Izzatul hanya memakai baju kerja.
“Telefon mak dan abah jelaskan semuanya. Kamu putuskan nikah harim ni. Dan ya, sy tengah kerja and ambil el (Emergency Leave) untuk today and suami saya dari siap-siap nak pergi kerja terus ke pejabat agama…Dan ye, sy nikah guna baju kerja,” tambahnya.
Izzatul berkata, beliau dan pasangannya berkenalan dalam tempoh PKP yang dilaksanakan pada Mac 2020 dan kemudian berkahwin pada PKP 2.0. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan