Oleh Fazleen Safina
Mungkinkah PKP akan dilanjutkan susulan kes COVID-19 semakin meningkat?
BANGI – Rakyat kini sekali berhadapan dengan gelombang COVID-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula selama dua minggu, yang akan berakhir 26 Januari depan.
Bagaimanapun, ramai pakar menjangkakan perintah PKP akan diteruskan kerana kes jangkitan coronavirus terus meningkat sehingga ada mencecah 4,000 kes sehari.
Situasi itu pastinya memberi kesan kepada ekonomi rakyat – yang kebanyakan tergolong dalam kelompok B40.
Serentak itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan rakyat supaya tidak terjebak dengan pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long – sekalipun mengalami masalah kewangan yang teruk.
Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan tidak menolak kemungkinan ada individu yang akan terjebak dengan pinjaman Ah long kerana ketika ini ramai yang menghadapi krisis kewangan akibat pandemik COVID-19.
“Akan ada segelintir individu bertindak meminjam wang daripada Ah Long, atas desakan kewangan ketika sekatan dilakukan.
“Kepada mereka yang berniaga, perlu elakkan daripada Ah Long kerana ia sememangnya tidak membantu. Jadi, cari kaedah lain untuk kurangkan perbelanjaan,” sarannya.
Semalam, sebanyak 3,306 kes baharu positif direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu bertambah kepada 161,740 kes dengan kebolehjangkitan 38,791 kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan