Isnin, 11 Januari 2021

"Ke pasar raya boleh, kenapa mengundi dengan SOP ketat tidak boleh?" - Ahmad Maslan

Madiha Abdullah
"Ke pasar raya boleh, kenapa mengundi dengan SOP ketat tidak boleh?" - Ahmad Maslan
Ahmad menegaskan kempen pilihan raya bukan satu masalah kerana boleh 
dilakukan secara dalam talian. - Bernama
 
KUALA LUMPUR: “Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat?".
 
Itu pertanyaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang mempertahankan usul UMNO agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
 
Dalam ciapan di Twitter, beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut menegaskan, kempen pilihan raya bukan satu masalah kerana boleh dilakukan secara dalam talian.
 
"Saya sebut PRU jika banjir selesai dan vaksin dimulakan.
 
"Saya juga sebut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nyatakan boleh PRU dengan SOP ketat," katanya.
Ahmad sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa golongan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melakukan pilihan raya umum secepat mungkin.
 
Beliau berkata demikian selepas menonton laporan berita memaparkan reaksi seorang pemarut kelapa yang berpandangan PRU tidak wajar diadakan buat masa ini kerana penularan COVID-19 masih berlaku.

Tiada ulasan: