Khamis, 14 Januari 2021

Dua rumah roboh dilanda air pasang besar di Kudat

KUDAT: Dua rumah musnah dan lima lagi hampir roboh apabila dua kampung terjejas susulan fenomena air pasang besar serta ombak besar sejak semalam.

Dua kampung terbabit adalah Kampung Seri Aman dan Kampung Tanjung Kapor, di sini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kudat, berkata air pasang besar mula naik sekitar jam 8:30 malam di seluruh Kudat dan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang terjejas pada jam 10:45 malam.

"Beberapa kampung pesisir pantai telah melebihi paras bahaya kepada beberapa buah rumah yang hampir di kawasan pantai. Sepanjang pemantauan mendapati, air pasang berada pada paras bahaya.

"Seramai 41 orang mangsa dari dua kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Arena Belia dan Sukan Kudat," katanya.

Sekitar suasana PPS Dewan Arena Belia dan Sukan Kudat - gambar ihsan APM Kudat
Sekitar suasana PPS Dewan Arena Belia dan Sukan Kudat - gambar ihsan APM Kudat

Tiada ulasan: