Isnin, 11 Januari 2021

Covid-19: 2,433 kes baharu, Selangor catat kes harian tertinggi

MGF10112020_SIDANG-MEDIA-KKM-3
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto AFIQ HAMBALI

PUTRAJAYA – Negara terus menyaksikan rekod penularan jangkitan Covid-19 empat angka dan hari ini sebanyak 2,433 kes baharu dicatatkan.

Selangor masih mendahului negeri lain dalam kes harian ini pandemik itu.

Ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 135,992 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 27,332 kes.

Keua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,277 kes dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif sepenuhnya adalah 108,109 kes atau 79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,426 kes.

“Bagi kes penularan di dalam negara, 1,784 kes adalah warganegara Malaysia dan 642 kes adalah bukan warganegara.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 730 kes (30.0 peratus) dan daripada jumlah ini, sebanyak 510 kes (69.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 403 kes (16.6 peratus), Johor sebanyak 321 kes (13.2 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 231 kes dan Pulaun Pinang sebanyak 189 kes,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebanyak 86 kes atau 3.5 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (79 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Choh (1 kes).

Menurut Noor Hisham, sehingga kini terdapat 171 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi yang mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau dengan dukacita turut memaklumkan pertambahan sembilan kes kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 551 kes atau 0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Daripada sembilan kematian itu dua kes adalah bukan warganegara.

Katanya, kematian kematian ke-543 adalah kes ke-111, 571 seorang lelaki warga tempatan dari Selangor berusia 78 tahun meninggal dunia selepas positif di Hospital Sungai Buloh dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout.

Manakala kematian ke-544 adalah kes ke-113, 691 melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun dari Selangor mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi di Hospital Sungai Buloh.

Kematian ke-545 adalah kes ke-115,953 lelaki tempatan berusia 60 tahun dari Selangor yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik di Hospital Selayang.

Kematian ke-546 adalah kes ke-121, 695 lelaki tempatan dari Selangor berusia 78 tahun meninggal dunia di Hospital Selayang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan batu karang.

Kematian ke-547 pula adalah kes ke-132, 073 melibatkan wanita tempatan dari Selangor berusia 51 tahun berpenyakit kanser payudara meninggal dunia di Hospital Selayang.

Noor Hisham berkata,  kematian ke-548 adalah kes ke-132,207 melibatka wanita tempatan dari Kuala Lumpur berusia 94 tahun meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mangsa sebelum ini dikesan berpenyakit kronik  darah tinggi, asma dan dislipidemia.

Ujarnya lagi, kematian ke-549 adalah kes ke-131, 514 melibatkan wanita Sabah berusia 83 tahun yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Kematian ke-550 adalah kes ke-112,204 membabitkan lelaki warga asing berusia 60 tahun meninggal dunia di HKL dan akhirnya kematian ke-551 iaitu kes ke-114,336 melibatkan  wanita asing berusia 37 tahun di Kuala Lumpur. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: