Selasa, 12 Januari 2021

Azmin: Senarai perniagaan dapat kebenaran operasi dari Miti

MALAYIAKINI

Malaysiakini

Perintah kawalan pergerakan (PKP) pusingan terbaru yang akan bermula esok tidak memerlukan banyak industri ditutup seperti mana pelaksanaan peraturan yang sama pada bulan Mac tahun lalu.

Semasa PKP pertama dikenakan, pada dasarnya semua bentuk pengilangan yang tidak melibatkan makanan dan juga pembinaan dilarang.

Malahan kedai pajak gadai, yang pada awalnya tidak dibenarkan tahun lalu berada dalam senarai pengecualian perniagaan yang dibenarkan ketika PKP.

Industri yang diluluskan untuk beroperasi semasa PKP dilampirkan pada akhir artikel ini.

Tidak jelas jika kedai runcit biasa (kedai pakaian, alat tulis atau perkakasan) akan dibenarkan beroperasi.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas lanjut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali pada satu kenyataan hari ini berkata bagi PKP kali ini, para pemain industri telah dirundingkan terlebih dahulu.

Jelasnya, berdasarkan penglibatan dan kerjasama dengan kumpulan industri, dewan perdagangan dan kumpulan kepentingan lain, Miti telah merancang prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif, relevan dan praktikal.

SOP itu tersedia di laman web Miti akan memastikan kesinambungan perniagaan, katanya.

Azmin berkata, kerajaan perlu memastikan kelangsungan perniagaan kerana ia akan memastikan pertumbuhan dan pelaburan ekonomi.

Selain itu, Azmin juga memberitahu kerajaan juga mempertimbangkan keperluan untuk memastikan kestabilan eksport kerana Malaysia memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global.

Tiada ulasan: