Rabu, 25 November 2020

Warga emas dipercayai terjun jambatan .

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT : Seorang warga emas berusia 72 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari jambatan di Sungai Batu Pahat di sini hari ini.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor, terdapat saksi di lokasi kejadian yang melihat lelaki itu terjun dari Jambatan Batu Pahat.

“Seramai 12 anggota dengan kekuatan lima jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.51 petang.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pihak polis dan ambulans juga dipanggil untuk terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehingga kini, operasi SAR sehingga kini masih dijalankan untuk mencari lelaki itu dengan dibantu pihak Maritim Malaysia. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: