Rabu, 11 November 2020

PKPD di Medan 88 Salak Tinggi bermula Khamis

MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Kerajaan bersetuju melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Salak Tinggi, Sepang, Selangor berkuatkuasa 12 Nov sehingga 25 Nov.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri memaklumkan pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan sebanyak 88 unit rumah kedai, 284 premis dan seramai 800 orang penduduk.

Bagaimanapun, katanya, premis perniagaan bagi barangan keperluan asas masih dibenarkan untuk beroperasi.

"PKPD ini juga membolehkan KKM terus melaksanakan saringan bersasar dan mengawal pergerakan individu bagi memutuskan penularan Covid-19 dalam komuniti," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Selain kawasan PKPD berkenaan, Selangor kini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di mana penduduk dibenarkan keluar bekerja tetapi tidak boleh melakukan aktiviti sosial.

Tiada ulasan: