Sabtu, 21 November 2020

PKPB: 19 sekatan jalan raya di Kelantan mulai tengah malam tadi

27 Shares
facebook sharing button BERNAMA
twitter sharing button
whatsapp sharing button
sharethis sharing button
Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata, tumpuan diberikan kepada derah 
Machang kerana kewujudan kluster Mengketil yang cepat merebak sehingga ke 
beberapa daerah lain. (Gambar Bernama)

MACHANG: Sebanyak 19 sekatan jalan raya (SJR) dijalankan oleh polis negeri selepas perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan di Kelantan tengah malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata, setiap daerah akan diadakan antara 1 hingga 3 SJR bergantung kepada persempadanan masing-masing.

Beliau berkata, untuk PKPB ini, daerah yang menjadi tumpuan adalah Machang kerana kewujudan kluster Mengketil yang cepat merebak sehingga ke beberapa daerah lain yang sebelum ini dikategorikan sebagai zon hijau.

“Kita berharap penduduk di daerah Machang tidak keluar ke mana-mana dan orang lain juga jangan ke Machang sekiranya tidak mempunyai hal mustahak. Kita lakukan ini bagi memutuskan rantaian Covid-19 di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau SJR di Pulai Chondong di sini, tengah malam tadi.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB di Kelantan mulai hari ini sehingga 6 Dis.

Shafien berkata, bermula tengah malam tadi, 200 pegawai dan anggota polis memulakan tugasan mengikut syif dan akan dibantu oleh tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad serta Jabatan Kerja Raya dari segi logistik.

Beliau berkata, berikutan pelaksanaan PKPB, rakyat Kelantan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan jika ada hal mustahak boleh berhubung dengan balai polis berdekatan untuk mendapatkan kebenaran.

Jika tiada apa-apa keperluan, duduk sahaja di rumah sehingga selesai PKPB. Sesiapa yang melanggar PKPB boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya, kata beliau.

Tiada ulasan: