Rabu, 11 November 2020

Petaka kisah keldai dadah

Ridzuan Abdul Rahman

LAKONAN berkesan Wan Maimunah sebagai ibu dan Jaja sebagai anak dalam filem Petaka.

MELIHAT judulnya pasti membuatkan ramai menyangka Petaka sebuah filem seram.

Bagaimanapun, sebaliknya filem terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd dengan kerjasama AA Success Pictures Sdn Bhd, arahan Azhari Zain ini tampil dengan isu menarik yang sering berlaku dalam masyarakat.

Filem Petaka mengetengahkan isu keldai dadah yang menjadi topik berterusan membelenggu kita sejak dulu sehingga sekarang.

Bagaimanapun, ia turut disulami dengan elemen kekeluargaan dan harta pusaka, sekali gus menjadikan penceritaannya menarik.

Cukup dengan tujuh pelakon utama iaitu Azman Ahmad, Jaja Iliyes, Nabila Huda, Wan Maimunah, PU Azman dan Coki, filem Petaka mampu memberi hiburan tersendiri buat penonton yang sukakan naskhah berat.

Lakonan mereka terutama Azman yang sudah lama berehat daripada berlakon menyuntik impak untuk penonton mengikuti cerita ini sehingga penamat.

Arie berkata, karya Petaka menyajikan sebuah persembahan berbeza kepada penonton.

"Ceritanya berdasarkan kisah benar, Azman yang sudah tujuh tahun balik ke kampungnya di Kedah untuk menjaga ibu yang sakit

BABAK antara Syikin lakonan Jaja dan abangnya, Sham lakonan Azman.
BABAK antara Syikin lakonan Jaja dan abangnya, Sham 
lakonan Azman.

KEMUNCULAN sulung Coki dalam Petaka tidak mengecewakan.
KEMUNCULAN sulung Coki dalam Petaka tidak mengecewakan.

"Idea asal filem ini juga daripada dia. Bagaimanapun, untuk jadikan ia sebuah filem menarik, kami beri suntikan elemen komersial dan dramatik.

"Filem ini pun dihasilkan menerusi kerjasama dengan Azman. Pemilihan pelakon dibuat secara perbincangan bersama semua pihak," katanya.

Menurutnya Petaka dipilih sebagai judul filem kerana timbulnya petaka akibat perbuatan manusia sendiri.

"Ini mesej yang cuba diketengahkan. Filem ini akan ditayangkan menerusi Astro First pada Disember ini.

"Filem ini agak berat, tapi ada juga yang berminat dengan cerita sebegini. Kami juga ada pelakon lain yang boleh tarik penonton.

"Coki misalnya, ramai peminat dan ternyata dia boleh berlakon. Begitu juga, PU Azman yang boleh bawa watak berat yang diberikan kepadanya," katanya.

Penggambaran filem Petaka dibuat selama 12 hari di Jerlun, Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah dan keseluruhannya siap dalam tempoh dua bulan.

"Tenaga kerja termasuk pelakon semuanya 32 orang. Dua hari sebelum penggambaran, Kedah dikejutkan dengan peningkatan kes Kluster Sivagangga.

"Disebabkan dah buat persiapan, kami terpaksa pertaruhkan nyawa untuk buat juga penggambaran. Kami sangat menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan alhamdulillah semuanya selamat tanpa sebarang masalah.

"Penggambaran berjalan lancar sehingga tengah malam, bergantung kepada babak. Syukur juga kami dapat kerjasama yang baik daripada polis, bomba, imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Malah, AADK turut membantu dari segi promosi filem ini," katanya.

Tiada ulasan: