Isnin, 23 November 2020

Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Slim River diberkas .

Abd Razak Mohd Ali
Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Slim River diberkas
Hasil saringan pihak Jabatan Kesihatan Slim River mendapati lelaki yang lari 
itu disahkan negatif COVID-19 dan dijadual keluar Hospital Slim River hari ini.
 
SLIM RIVER: Polis menerima laporan seorang lelaki yang memakai gelang tangan positif COVID-19 berwarna biru muda melarikan diri dari wad 7, Hospital Slim River, di sini, pada Ahad.
 
Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada pihak hospital berkenaan pada jam 4.48 petang.
 
Bagaimanapun, katanya, lelaki berusia 29 tahun itu berjaya ditemui semula kira-kira jam 6 petang oleh sepasukan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Slim River di kawasan Bandar Baru berhampiran Petronas Slim River.
 
“Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) telah datang mengambilnya untuk dibawa semula ke Hospital Slim River,” katanya dalam satu kenyataan.
 
BACA: COVID-19: Pesakit lari dari Hospital Pulau Pinang ditemui semula di Bayan Lepas
 
Menurutnya, maklumat terkini yang mereka perolehi mengatakan, hasil saringan COVID-19 oleh pihak Jabatan Kesihatan Slim River, lelaki tersebut telah disahkan negatif dan dijadual dibenarkan keluar hari ini.
 
“Hasil semakan rekod jenayah oleh pihak polis mendapati lelaki tersebut mempunyai enam rekod lampau dan telah ditangkap,” ujarnya.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 186KK, 269 KK & 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Tiada ulasan: