KUALA LUMPUR – Ekoran berita penamatan kakitangan melibatkan syarikat penerbangan yang tular baru-baru ini, pengarah drama terkenal Nur iait Shahrulezad Mohameddin menawarkan pramugari yang diberhentikan menjadi pelakon.
Menerusi Instagramnya, Shahrulezad yang memahami situasi kehilangan punca pendapatan mengajak bekas-bekas pramugari yang hilang pekerjaan supaya menghubunginya.
Selain itu katanya, uji bakat boleh dijalankan secara dalam talian.
“Kepada kru kabin Malindo Air dan AirAsia, kami memahami situasi anda, sila mesej profil anda. Mungkin kita boleh buat uji bakat secara online.
“Mungkin anda adalah bakat baharu untuk drama bersiri yang bakal diterbitkan Radius One Production kelak. Jom lakukan keajaiban,” katanya.
Baru-baru ini, Malindo Air mengumumkan notis pemberhentian kerja kepada lebih 2,000 kakitangannya selepas mengecilkan saiz operasinya.
Tindakan berkenaan diambil berikutan syarikat penerbangan itu terjejas akibat pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan