Astro Awani
Sebagai
langkah permulaan, kerajaan ingin mengundang pembangkang untuk duduk
bersama-sama dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, kata Muhyiddin
Yassin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:
Kerajaan berhasrat untuk melibatkan pemimpin pembangkang menyertai
mesyuarat-mesyuarat untuk bersama-sama terlibat dalam membuat keputusan
dan dasar.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelawaan itu adalah dalam usaha kerajaan memperluas kerjasama bipartisan.
Perdana Menteri berkata, kerjasama yang akan dirintis kerajaan bersama pembangkang juga menjangkau pembentangan Belanjawan 2021.
Kata
Muhyiddin, sebagai langkah permulaan, beliau ingin mengundang
pembangkang untuk duduk bersama-sama dalam mesyuarat Majlis Tindakan
Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan beliau setiap minggu.
Begitu juga dalam mesyuarat pengurusan pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri setiap hari.
"Pendekatan baharu ini untuk kebaikan semua, tidak boleh kita anggap belanjawan untuk kerajaan sahaja, ini belanjawan rakyat.
"Kita
nak dilihat mesra pelanggan, kalau baik cadangan itu, kita ambil. Ini
langkah permulaan, seterusnya saya nak pelawa pembangkang untuk sama
duduk dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan setiap
minggu," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian dalam dalam program Agenda AWANI Khas Bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu,
Sebagai
Perdana Menteri, Muhyiddin berkata, beliau mahu mendengar pandangan dan
buah fikiran pembangkang dalam apa sahaja isu yang mencakupi perihal
rakyat.
Bahkan, tegas beliau, sekiranya
pembangkang mempunyai idea dan saranan yang baik dan langkah yang
difikirkan berkesan, mereka terbuka untuk berkongsi dengan kerajaan.
"Bukan soal nak dapat kredit kepada mereka saja, tapi untuk rakyat dapat faedah daripada pandangan mereka," kata beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan