Jumaat, 6 November 2020

Laksa berasal dari mana?

Baru-baru ini laksa telah tersenarai dalam peta makanan dunia 
(Atlas Taste) kategori makanan tradisional.

PETALING JAYA: Laksa, makanan kegemaran masyarakat Malaysia yang mempunyai sentuhan tersendiri. Baru-baru ini terpilih menduduki tempat ke- 27 dalam senarai makanan tradisional yang disiarkan oleh peta makanan dunia, “Taste Atlas”.

Laksa menjadi pilihan kedua disenaraikan selepas nasi lemak yang menduduki tempat ke 95.

Baru-baru ini juga, asam laksa dari Penang tersenarai dalam Senarai CNN sebagai 10 Teratas dalam 50 Makanan Terbaik Dunia dan ia menduduki tempat ke 7.

Apa sebenarnya yang menjadikan laksa begitu popular? Malah, dari mana asal laksa sebenarnya?

Terdapat banyak teori mengenai nama asal laksa. (Gambar Pixabay)

Banyak teori mengenai nama laksa. Ada yang mengatakan ia datang dari bahasa Sanskirt iaitu “lakshas”, yang bermaksud “satu ratus ribu”, dan menurut National Geographic pula, nama laksa diambil dari bahasa Parsi yang bermaksud “mee”.

Ada juga yang mengatakan ia datang dari perkataan Cina, “la sha” atau “spicy sand”, merujuk kepada udang kering yang dikisar memberi rasa seperti berpasir pada kuahnya. Ada juga percaya, namanya datang dari perkataan Hokkien yang bermaksud “kotor” merujuk kepada “penampilan” laksa tersebut yang kelihatan berserabut dengan bahan-bahannya.

Oleh kerana terdapat banyak jenis laksa yang setiap satu mempunyai karektor tersendiri, maka agar sukar merumuskan asal laksa.

Tetapi yang pasti ia datang dari Asia Tenggara, yang popular dengan sejarah herbanya. Mungkin juga para pedagang yang singgah di sini membawa resepi laksa ke sini.

Jika dilihat, semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melaka, terdapat pedangan Cina yang menetap dan berkahwin dengan bangsa Melayu di sini dan melahirkan budaya Peranakan.

Laksa Sarawak adalah antara makanan popular di Malaysia.
 (Gambar KYSpeaks)

Ini juga mungkin menjelaskan mengapa laksa Malaysia boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu “curry laksa” dan asam laksa. Perbezaannya adalah ramuan dan rasanya.

“Curry laksa” menggunakan kari sebagai asas yang dimasak bersama santan dan dihias dengan telur rebus, daun kari, cili padi, udang, kerang dan sambal.

Manakala, laksa Penang dikenali dengan nama mee kari kerana ia menggunakan mee kuning atau bihun berbeza dari mee tebal yang biasa digunakan iaitu mee laksa yang diperbuat dari mee beras.

Asam laksa pula diperbuat dengan asam keping yang mempunyai rasa masam.

Rasa masam-masam pedas asam laksa menjadikan ia enak 
dimakan berkali-kali. (Gambar Pixabay)

Kuah asam laksa diperbuat daripada kisaran ikan kembung, bawang, timun, cili, nanas, salad, daun pudina dan bunga kantan. Penggemar asam laksa mempunyai pilihan untuk memilih mee laksa yang lebar atau kurus yang sedap dimakan dengan petis udang.

Laksa Sarawak pula begitu istimewa dan mempunyai ramai peminat. Santan digunakan sebagai kuah sama seperti “curry laksa” tetapi tidak menggunakan kari. Di dalamnya diisi dengan ayam atau udang dicampur asam jawa dan pes istimewa diperbuat daripada bawang, cili dan herba-herba lain. Hiasan ketumbar adalah wajib begitu juga dengan bihun.

Laksa adalah makanan yang boleh memenuhi citarasa semua 
masyarakat. (Gambar Rasa Malaysia)

Di Johor, Terengganu dan Kelantan juga terkenal dengan laksa masing-masing yang dipengaruhi oleh citarasa masyarakat tempatannya.

Singapura juga tidak terkecuali, mempunyai laksa citarasa masyarakatnya yang tersendiri. Indonesia pula popular dengan makanan soto.

Rakyat Malaysia seharusnya gembira dengan pelbagai pilihan laksa yang boleh didapati dari pelbagai negeri.

Tidak kiralah dari mana asalnya laksa yang penting, makanan ini telah menyatukan kesemua kaum di Malaysia untuk duduk bersama-sama sambil menikmati keenakan makanan ini.

Tiada ulasan: