HARAKAH DAILY
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan melantik
1,050 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) baharu
bagi menggantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) tahun depan.
Pengerusi
Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan
Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, MPKK akan
dijenamakan semula sebagai JPKK bermula 1 Januari 2021.
Katanya langkah itu selaras dengan keputusan kabinet pada 8 Julai lepas.
“Sebahagian negeri telah dan sedang dalam proses pelaksanaan. Di
Terengganu MPKK sedia ada akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31
Disember ini.
“Sekarang terdapat 1,047 MPKK seluruh negeri dan
tambahan kepada tiga MPKK Kampung Baru Cina yang ditadbir urus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Jadi
kesemuanya berjumlah 1,050 MPKK daripada Kemaman hingga ke Besut,”
katanya selepas Mesyuarat Penyelarasan Pelantikan Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Terengganu di Wisma Darul
Iman, di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan