Khamis, 5 November 2020

Jemputan majlis nikah di WP terhad kepada 30 tetamu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 
(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jemputan bagi majlis akad nikad di Wilayah Persekutuan diterhadkan kepada 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, pelaksanaan itu berkuatkuasa 6 Nov tertakluk kepada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Bagaimanapun, jurufoto tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Untuk negeri lain, ia tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

“Bagaimanapun, untuk tujuan penyelarasan, disarankan negeri untuk mengikut resolusi yang dicapai bersama dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-9 baru-baru ini,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

Pengumuman itu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Selangor yang tamat pada 27 Okt lalu bersambung sehingga 9 Nov.

Tiada ulasan: