Fareez Azman
Datuk
Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ganjaran itu diberikan selaras
dengan komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2021. - Gambar fail/BERNAMA
RAWANG:
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menawarkan ganjaran RM5,000
kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat sehingga
tertangkapnya pihak yang membuang bahan tercemar di Sungai Selangor.
Menurut
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ganjaran itu diberikan
selaras dengan komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2021.
"Oleh
yang demikian, KASA ingin menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000.00
kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat dan bukti
sehingga tertangkapnya pihak yang melakukan pencemaran ini. Sebarang
maklumat hendaklah disalurkan kepada pro@kasa.gov.my atau talian hotline
JAS di 1-800-88-2727.
"Ganjaran yang
diberikan ini adalah selaras dengan komitmen berterusan kerajaan di
dalam Belanjawan 2021 yang akan menyediakan peruntukan khas kepada
mana-mana yang dapat menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku
dan pelanggaran undang-undang, termasuk isu pencemaran sungai," katanya
dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Ujarnya,
KASA amat memandang serius mengenai insiden yang kini memasuki kali
ketujuh sehingga Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihentikan
tugas.
"Saya
amat memandang serius mengenai perkara ini kerana tujuh (7) insiden
henti tugas loji rawatan air di Selangor akibat pencemaran sungai pada
tahun ini tidak sepatutnya berlaku.
"Selain
daripada itu juga, cadangan YB Menteri Kewangan melalui peruntukan
sebanyak RM40 juta dalam tempoh lima tahun bagi mengukuhkan aktiviti
penguatkuasaan pemantauan kualiti alam sekitar, termasuk mewujudkan 30
stesen pemantauan di seluruh negara akan dapat mempertingkatkan operasi
semua agensi di bawah KASA," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan