Khamis, 12 November 2020

Dap Hipokrit… ‘Bising’ Belanjawan 2021 Gagal Sedia Pekerjaan, Dulu Dap Punca Rakyat Tak Ada Kerja

UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menganggap Dap bersikap hipokrit apabila ‘bising’ Belanjawan 2020 kononnya gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Sedangkan ini kerana katanya, Dap adalah antara punca rakyat kehilangan pekerjaan.

“Justeru Dap janganlah hipokrit.Rakyat bising kerana peruntukan JASA RM85.5 terlalu besar. Lain pula dengan Lim Kit Siang. Dia tidak mahu JASA ‘dihidupkan’ semula,” katanya dalam kenyataan dalam facebookny, hari ini.

Katanya, Dap menuntut jawatan menteri KKMM apabila PH memerintah kerana Dap tahu KKMM adalah kementerian yang menguasai komunikasi strategik (Stratcom).

“Dap memang JASA fobia. Dap tutup JASA sehingga 782 orang hilang pekerjaan.

“Menguasai KKMM bermakna Dap menguasai kementerian propaganda. Menutup JASA hanyalah helah kerana KKMM masih ada JAPEN, BERNAMA, RTM dan MCMC. Jangan Hipokrit,” katanya lagi. – UMNO Online

Tiada ulasan: