KUBANG PASU: Seramai 62 mangsa daripada 15 keluarga di empat kampung di Mukim Malau dekat sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan banjir yang melanda kawasan itu, 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu, Leftenan (PA) Norazian Shamsudin, berkata antara kampung terbabit termasuklah di Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Kiong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak.
Beliau berkata, kesemua mereka dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Malau.
"Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan air di kawasan rendah di situ mula naik jam 7.30 malam.
"Kesemua 15 keluarga itu dipindahkan sementara sehingga air surut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan