Selasa, 10 November 2020

2 penghuni hotel tertimbus dalam tanah runtuh

Malaysiakini

Dua dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah hotel yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan itu pada jam 1.28 pagi.

Mangsa merupakan penginap di hotel berkenaan.

"Kami mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja menyelamat sebaik menerima panggilan mengenai kejadian," katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

Jurucakap itu berkata sehingga kini pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa manakala maklumat lanjut mengenai mangsa belum dikenal pasti.

Pasukan penyelamat turut menemukan dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa di kawasan kejadian.- Bernama

Tiada ulasan: