on
BERITA
gembira buat lebih tujuh juta pengguna elektrik seluruh negara akan
terus menikmati diskaun bil antara dua hingga 50 peratus bagi penggunaan
antara 1 Oktober hingga 31 Disember ini.
Diskaun
ini diberikan sebagai tanda sokongan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
kepada usaha kerajaan bagi mengurangkan impak Covid-19 kepada rakyat.
Pengurangan
ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil
elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
Kadar diskaun yang ditawarkan adalah 50
peratus bagi penggunaan elektrik bulanan antara satu hingga 200 kilowatt
atau sehingga RM43.60.
Bagi 201 hingga 300 kilowatt atau RM43.70 hingga RM77 pula adalah sebanyak 25 peratus.
Penggunaan
elektrik bulanan antara 301 hingga 600 kilowatt atau RM77.10 hingga
RM231.80 (15 peratus), 601 hingga 900 kilowatt atau RM232.35 hingga
RM395.60 (10 peratus) dan melebihi 900 kilowatt atau melebihi RM396.17
(dua peratus)
Selain itu, TNB turut meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini.
Ia
adalah pelan bayaran mudah iaitu pilihan untuk pengguna membayar bil
secara ansuran tanpa surcaj tambahan, pengecualian surcaj lewat bayar
bagi tempoh 18 Mac lalu hingga 31 Disember ini dan penangguhan aktiviti
pemotongan bekalan kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan
arahan pihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan