Rabu, 21 Oktober 2020

Polis: Tiada penutupan jalan keluar masuk PJ, hanya sekatan jalan

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Polis menafikan penutupan jalan di lima kawasan yang menuju masuk dan keluar dari Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mesej tular yang mendakwa semua jalan menuju ke Petaling Jaya melalui Damansara, Ara Damansara, Subang, Sungai Buloh, Kota Damansara, dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) akan ditutup adalah tidak benar.

Kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini, bagaimanapun, memaklumkan terdapat sekatan jalan raya di tiga kawasan - iaitu di jalan keluar tol di Subang, Sungai Buloh dan Damansara.

Sekatan jalan ini dipasang pada tengah malam 14 Oktober ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berkuat kuasa.

Petaling Jaya adalah zon merah, dengan 340 kes aktif sehingga semalam.

Kerajaan semalam menetapkan bahawa pekerja dari zon merah di bawah PKPB perlu menjalani ujian swab sekiranya mereka tidak bekerja dari rumah.

Di bawah PKPB, pekerja yang perlu melakukan perjalanan untuk bekerja di daerah yang berbeza hanya perlu menunjukkan pas pekerja atau surat syarikat.

Sementara itu, Nik Ezanee mengatakan polis akan menjalankan operasi untuk menguatkuasakan PKPB kerana kes Covid-19 di Petaling Jaya tidak menunjukkan tanda-tanda reda.

Dia mengucapkan terima kasih kepada pemandu kenderaan atas kesabaran dan kerjasama mereka ketika melalui sekatan jalan raya, dan mengingatkan semua orang untuk mamtuhi had penumpang yang ditetapkan.

Hanya dua orang di dalam kenderaan dibenarkan pada satu-satu masa, atau dua orang penumpang di dalam teksi atau kereta e-hailing.

Mereka yang memerlukan penumpang tambahan perlu mendapat kebenaran polis.

Tiada ulasan: