Sabtu, 10 Oktober 2020

'Perlu 3 hingga 4 minggu untuk kawal penularan di Sabah'

Malaysiakini

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan pihaknya memerlukan tiga atau empat minggu lagi untuk mengawal penularan Covid-19 di Sabah.

Ketika sidang media harian dari rumahnya hari ini, Noor Hisham menekankan bahawa penularan dapat dikawal dengan sokongan orang ramai, sepertimana ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendepani pelbagai kluster di Kedah dan Sarawak sebelum ini.

"Kini fokus kita, 'perang' kita adalah di Sabah. Jadi kita harap dapat sokongan orang ramai dan sektor swasta untuk bersama-sama dan memutuskan rantaian jangkitan.

"Kita jangka mungkin memakan masa tiga hingga empat minggu sebelum kita dapat kawal penularan di Sabah," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Tiada ulasan: