Isnin, 5 Oktober 2020

MB Terengganu negatif Covid-19

Zatul Iffah Zolkiply

AHMAD Samsuri Mokhtar. FOTO arkib NSTP

Kuala Terengganu: Keputusan ujian saringan kedua Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar negatif.

Perkara itu disahkan Pejabat Menteri Besar Terengganu ketika dihubungi di sini, hari ini.

Keputusan sama turut diperoleh terhadap isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman bersama tiga lagi pegawainya.

Terdahulu, Ahmad Samsuri bersama isteri dan tiga pegawainya melakukan ujian kali kedua kelmarin.

Sebelum ini, kesemua mereka mengambil langkah menjalani kuarantin sendiri sejurus pulang dari Sabah kira-kira dua minggu lalu.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu selepas berlaku kontak dengan dua individu positif Covid-19.

Tiada ulasan: