Jumaat, 9 Oktober 2020

Malaysia dilanda gelombang ke-3 pandemik Covid-19

Sebanyak 375 kes baharu Covid-19 dilaporkan, dengan semua negeri dan Wilayah 
Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu.

KUALA LUMPUR: Malaysia kini memasuki gelombang ke-3 pandemik Covid-19, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Hisham mengingatkan rakyat supaya bersama berpadu tenaga untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan seperti sebelum ini.

“Kita sekarang memasuki gelombang ke-3 Covid-19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. #KitaJagaKita,” katanya di Facebook semalam.

Sebanyak 375 kes baharu Covid-19 dilaporkan, dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan kecuali Perlis mencatatkan kes baharu.

Daripada jumlah itu, 371 merupakan penularan tempatan dan 4 lagi merupakan kes import, dengan kes tertinggi dicatatkan di Sabah sebanyak 271 kes.

Tiada ulasan: