Pertubuhan radikal diajak sama-sama gerakkan reformasi pendidikan
KUALA LUMPUR
– Tidak sampai 24 jam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara,
Timbalan Menteri Pendidikan I, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon
mengesahkan akan bekerjasama dengan pertubuhan radikal, Dong Zong dan
Jiao Zong dalam isu pendidikan Cina.
Hang Soon
yang juga Timbalan Presiden parti perkauman MCA dilaporkan berkata,
pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan gabungan itu untuk menggerakkan reformasi pendidikan.
“Saya akan
bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, tapi yang lebih penting
ialah menyatukan semua pihak antaranya Dong Zong dan Jiao Zong, pendidik
dari semua pihak.
“… untuk
bersama-sama saya bekerja keras, membantu saya menggerakkan reformasi
pendidikan,” katanya seperti dilapor stesen televisyen NTV7.
Kenyataan
Hang Soon yang mahu bekerjasama dengan Dong Zong dan Jiao Zong menjadi
tajuk berita utama akhbar berbahasa Cina antaranya China Press.
Sementara
itu, ketika ditanya berkenaan pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu
(UEC), Hang Soon meminta semua pihak agar memberinya masa untuk memahami
operasi KPM terlebih dahulu.
“Ini
adalah tugasan berat dan baharu bagi saya yang memerlukan sedikit masa
untuk kenal secara mendalam mengenai bidang tugas saya di kementerian
ini. Saya perlukan masa untuk beri perkhidmatan terbaik kepada semua.
“Saya juga
kurang gemar untuk bercakap banyak sebaliknya memfokuskan kepada masa
dan tenaga untuk menyelesaikan setiap perkara berbangkit di kementerian
ini,” katanya.
Dong Zong adalah Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia yang sejak sekian lama mendesak kerajaan mengiktiraf UEC.
UEC adalah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan asal pelajarannya diambil dari Taiwan.
Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996, dan tidak pernah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996, dan tidak pernah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan